Wednesday, April 26, 2006

Tak nak Stress

Hadiah turut bersedih.Tak tahu kenapa.
Hadiah tahu mummy tengah bersedih.
Daddy konfius yer?..Daddy janganlah hairan-hairan.
This is natural . . .Insya'Allah, sedikit masa lagi, mummy akan okay.

Daddy kena banyak bersabar dan berdoa.
Mummy kena banyak berdoa dan mengadu pada Ilahi.
Sama-sama cari mana salah silapnya.
Biar Tuhan beri petunjuk.

Tuhan tak kejam.
Tuhan masih sayangkan mummy.
Hadiah juga sayangkan mummy.
Begitu juga daddy..dia sayangkan mummy.

Kita perbaiki kelemahan kita bersama k?...
I love you mummy.

Tuesday, April 25, 2006

so far, yet so near

Mummy is as always away...
But today she's here, close to me.
I know it will mean that she'll be away from daddy for quite some time.
There's nothing much that i can do really.

Mummy have a dream. A big dream.
Mummy have a goal and i will always pray for her success.

Daddy, . . .don't be sad okay? She'll be back soon.
I know you miss her so much but i can bet she remembers you, as always.

Love is strange thing, sometime you just can't live with it, but most of the time, you just can't live without it.

'till then,. . .Can't wait to see you both together again.

Sunday, April 23, 2006

Be With You

Hehe...Hadiah nampak mereka berdua penat betul.
Kesian pun ye juga...Apa tidaknya, Hadiah tahu, dua-dua tak cukup tidur. So, bila dapat peluang lelapkan mata...dua-dua tidur bagaikan bayi. Masing-masing bayar balik. Masing-masing tidur yang betul-betul punya tidur. . . Hadiah tahu esok dua-dua bertugas, tapi takpela..as long as both of you are happy, begitu juga Hadiah.
Hadiah turut gembira.


I only wish that both of you will be happy together. Jangan endahkan sangat benda2 kecil sampingan tu, ok? Always look for ways to improve the relationship. I'll always be with you. . .Always. Posted by Picasa

Saturday, April 22, 2006

Sinar Bahagia

Sepanjang siang Jumaat Hadiah sedih.
Namun lewat senja, Bila melihatkan keletah daddy dan mummy yang tak sabar berjumpa.. .. entah kenapa bertukar girang.
Hadiah tahu. Benda ni seakan ubat rindu.
Bila begitu lama berjauhan, the moment dengar khabar atau dapat peluang berjumpa, mereka bagaikan diawangan. Nampak terpancar sinar kegembiraan di riak wajah daddy. Di hati mummy, Tuhan sahaja yang tahu.
Daddy tak peduli kan kerja, langsung terus cek timetable. Katanya "esok-esok punya cerita, yang penting kena dapatkan tiket untuk ke sana.."
Dengan izin tuhan dapat daddy bertemu mummy.
Hadiah turut gembira.

Kali ni, mereka betul2 pastikan yang setiap detik bersama dimanfaatkan.
Few snapshots, a cup of mocha and americano, lukisan2 kecil, nescafe tarik, sandwich.
Semuanya bagai diatur. Semuanya cukup indah.
Hadiah suka tengok mereka begini.Hadiah nak mereka selalu begini. . ceria. Tak mau gaduh2. Tak mau masam2 muka.

Mummy & Daddy,
Hadiah doakan agar kalian berdua kekal bahagia.
Anggaplah babak2 duka sebagai rencah ratus kehidupan untuk saling mengenali antara satu sama lain. Daddy kena terima kekurangan mummy dan begitu juga mummy.Barulah hidup saling harmoni.

Ya Allah, Kau dengarlah doa hambamu ini ye?. . .

Friday, April 21, 2006

Berikan Kekuatan

Awal pagi, dapat 'missed call'. .
Telefon balik,...kena marah

Siang, chatting,. . Tanya. Pun kena marah juga.
Tengahari telefon dari ofis... Kena marah lagi.

Tapi,.. tetap tak putus asa, Tetap hantar sms. .
Tak putus menelefon, walau tak berjawab.
Semuanya. . .Kerana Sayang.

Tengah malam, dapat 'missed call'
Telefon balik..."tak larat."
Dalam blog, kena marah. . . Kerana tak beri perhatian.

Hari ini aku sedar, betapa sedikit usaha yang ku kira sudah ampuh. Panggilan dari jauh ke bilik hotel masih bukan bererti 'beri perhatian'.. 10-15 kiriman sms tanda ingatan juga masih bukan. Tuhan, Kau tolong hambamu ini,. . .Kau tunjukkan pada ku apa lagi yang harus ku lakukan..

Sayang, maafkan saya.

Semoga Allah memberikan kami kekuatan. Posted by Picasa

Thursday, April 20, 2006

kerjaya atau cinta?

kesian.. penatnyer.. penat sangat..

kita dua-dua penat, tapi hati ni rindu sangat.. nak juga sebelum mata ini tertutup kita dapat berhubung seperti selalu.

masih ingat lagi, satu pertanyaan yang pernah dijawab;

"kalau awak sayang sangat pada seseorang, apa yang akan awak buat?"
"beri sepenuh perhatian.."

nampaknya bila dah letih, semua tu tak de lagi. tidur lena yer.. moga Allah selalu menjagamu.

Tuesday, April 18, 2006

Di hati ini. . .

Doa ini bersambut..
Terima Kasih Ya Allah..
Terima Kasih Sayang..

Mungkin benar pada zahirnya, kita jauh,
tapi tidak di hati ini...
Tidak pernah sekali pun, jauh.

Kita akan buat ini bersama. ya sayang?
Kita pastikan yang ia akan jadi nyata.
Tak kira apa juga halangan,Tak kira siapa pun rintangan,
Kita kan tempuh bersama. . .

Pinta ini satu. .
Bersama denganmu walau dizinkan sekejab,
Berakhir dengan mu, sedia menghadap Ilahi.

Tak ada yang lain..di hati ini. Posted by Picasa

hanya dirimu..

mungkin diri ini nampak biasa. diraut wajah tak bisa meluahkan apa yang terbuku dihati ini. pada dasarnya, kita mungkin jauh diantara satu sama yang lain;

awak disana..
saya disini..
hadiah dimana??

namun kita pasti dapat membaca hati kita sesama sendiri. betapa sukarnya rindu ini. betapa kita memerlukan diantara satu sama yang lain..

hanya DIA yang mengerti..

padamu Ya Allah, kuserahkan diriku, takdirku.. hanya Kau menentukannya..
ku ingin menjadi hambaMu yang beriman..

rasa cinta yang Kau anugerahkan ini hanya untukMu.. dan juga pada dirinya yang kukasihi..
satukanlah kami, agar dapat kami bersama bertaqwa pada Mu Ya Allah..
hingga keakhir hayat ini..

tunjukkanlah aku secebis sinarMu..
tak layak bagiku meminta padamu..
tapi pada siapa lagi dapat ku mengadu..

Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha pengasih lagi maha penyayang,
Dan hanya Engkau yang Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, April 16, 2006

Dekat Oleh Mu...

Hadiah terasa happy sangat pagi ni.
Ya Allah, terima kasih kerana masih sudi mendengar rintih hambamu ini.
Hadiah sedar begitu banyak halangannya dan dugaan yang harus ditempuh..
Namun, Hadiah hanya ingin melihat mereka bahagia.

Tuhan,
Kau permudahkanlah laluan untuk mereka bersatu. . .
Niat mereka satu, hanya untuk kembali padaMu,dengan sifat yang Kau akui.
Izinkan mereka bersama, ya Allah..
Sesungguhnya Cinta mereka, hanya didekatkan oleh Mu..

Kau dengar lah Doa mereka ye ya Allah...
Kau bantulah mereka. . .
Kau bantulah mereka. . .

hadiah sayang..

hadiah sayang..

mummy masih mengharap dapat bertemu denganmu. walaupun nampaknya hati mummy berbelah bahagi dengan kekandamu, anakanda mummy yang telah mummy lahirkan.

hadiah jangan kecil hati ya.. bila hati ni dah tenang, mummy harap, mummy akan cepat2 dapat melihat sayang mummy yang sorang ni. pandai betul hadiah menjaga mummy dan daddy. hadiah boleh rasa apa yang kami rasakan dikala ini, walaupun hadiah masih belum ada disini..

hadiah sayang..

hadiah jaga diri baik2 disana. jangan nakal2 ya.. kalau main main dengan kawan2, mesti berehat banyak banyak supaya tak jadi macam mummy dan daddy. asyik kerja tak kira masa, bila sakit.. kena tanggung sendiri.

insyaAllah, jika diizinkan olehNya.. hadiah berada disini.. mummy dan daddy harap, hadiah selalu akan berada disisi kami.. biarpun kami dah tak mampu melihat dan mendengar. biarpun kami dah bongkok tiga tak boleh berjalan.. moga anak mummy yang tersayang ni sentiasa ingat pada kami.. buah hati kami yang amat kami sayang.. tanda ikatan kasih sayang yang telah kami semai sejak kami mula mengenali.. hingga kesaat ini..

Saturday, April 15, 2006

Kuatkan Kami. . .

Mummy sakit... Mummy sakit sangat.
Hadiah kesian kat Mummy.
Tapi Hadiah jauh; tak tergapai tangan nak menolong.
Hadiah dengar, faham dan hanya mampu melihat dari jauh.
Percayalah, bahawa sesungguhnya Doa Hadiah sentiasa mengiringi setiap saat yang ada agar Mummy cepat sembuh.
Tuhan masih sayangkan mummy.
Hadiah sayangkan Mummy.
Daddy juga sayangkan Mummy.

For the first time juga hari ini Hadiah nampak Daddy duduk sugul. Kelu.
Tak berani Hadiah bertanya, tapi yang pasti, Daddy nampak sedih.
Sesekali itu dia cuba juga melemparkan senyuman, menyembunyikan apa yang sedang dia alami...apa yang sedang dia rasa.
Hadiah mungkin mentah tapi hadiah tahu apa yang daddy rasa amat perih.
Daddy kuatkan semangat k?
Tuhan sayangkan Daddy
Begitu juga Hadiah.
Dan Hadiah pasti, Mummy juga menyayangi Daddy lebih dari segalanya.

"Ya Allah, ya Tuhan ku, Kau Satu kan lah Mereka kiranya itulah Takdirmu. . . ."

Thursday, April 13, 2006

Bagai Waktu Kenal Dulu. . .

Hadiah kagum semangat mummy.
Dia ketepikan rasa penat dan mengantuknya untuk bersama daddy...walaupun sekejap.Tolak waktu tiba, menunggu, travel dsb..the actual time they spent together cuma 5 jam. Yang mana 3 jam setengah diperuntukkan untuk tidur. Selebihnya dipenuhi dengan hikayat dan gurindam penuh makna. Adakala tu daddy tampak muram, mummy pula nampak gusar. Setiap baris kata yang keluar dari mulut mereka, berat untuk di mamah, namun harus ditelan walau pahit. Dihati dan benak fikiran masing-masing, Tuhan sahaja yang tahu.

Dikala itu ingin sahaja Hadiah berbisik pada kedua-duanya. .
"Mummy, Daddy. . .Kuatkan semangat k?..Bukan ke ini semua dugaan, Bukan ke mummy dan daddy dah janji akan tua besama, berpimpin tangan bersama, bersolat berjemaah, mengerjakan haji dan menghrap agar mati bersama?.. Hadiah nak tengok semua tu, . .please. Hadiah nak jadi 'Tahfiz" mcm pesan mummy. . ., Nak mummy dan Daddy Happy bila tua nanti. .
Hadiah tak mintak banyak, Cuma nk tengok Mummy dan Daddy bersama, bagai waktu mula kenal dulu. . ."

Monday, April 10, 2006

Hadiah Kesian Sangat..

Dua-dua baru balik bertugas. Hadiah tau dua-dua penat.Tetapi rindu mengatasi segalanya. Penat terurai, lelah tak terasa.Dua-dua cuba buat yang terbaik utk satu sama lain.Masing-masing tak mau mengalah untuk mengisi masa singkat bersama.
Hadiah terharu sebenarnya. .
Masing-masing cuba menyelami isi hati, mempelajari satu dengan yang lain.
Masa makan kat butik restaurant tu, suasana jadi tegang kejab, tapi di hati masing-masing, tuhan saja yang tau.Masa jalan-jalan kat luar pun sama, keadaan tak mengizinkan. Nampak macam dekat, tetapi terasa macam jauh. Soalan-soalan yang keluar masa berjalan hirup udara segar tepi corniche tu pun tak mampu membawa dekat. Masih rasa macam jauh...
Hadiah kesian Sangat. Tapi tuhan sahaja yg tahu apa yang terbuku di hati masing-masing.
Kadangkala kata-kata yang terkeluar dari mulut ni tak mungkin menyampaikan maksud yang sebenarnya. Perbuatan lebih hebat dari kata yang terungkap. Tapi di saat aksi terbatas, maka saat yang manis boleh betukar suram. Mujur sempat singgah pekena roti nan dan chai tarik. Kat sini dapat Hadiah tengok kemesraan kembali berputik. Hadiah tau erti nilai sentuhan.
Hadiah faham sekarang.
Diam tak diam dah masuk subuh. Hadiah tau dua-dua dah penat. Tapi masing-masing cuba menguatkan semangat. Kalau diturutkan hati nak berjemaah bersama, tapi sekali lagi keadaan tak mengizinkan.
One lesson hadiah belajar hari ini. . Kadangkala itu, apa yang di ingin disampaikan atau diucapkan lebih dimengerti hanya dengan sentuhan; hanya dengan pandangan. Tak perlu dengan kata-kata.