Monday, August 28, 2006

bahagia

saya bahagia hari ni..

terima kasih sayang kerana memberikan kebahagiaan yang tak terhingga pada hari ini. walaupun kita jauh, tapi saya rasa bahagia sangat.

semalam, saya kira, saya dah bagai tak bernyawa.. doa saya padaNya agar saya dapat semula cinta saya, dapat semula hati awak.. saya merayu, saya bernazar.. Alhamdullilah. betapa besar nikmat Allah.

walau hari ini saya telah tunaikan nazar saya, walau penat sangat pulang dari kerja, tapi demi dapat berhubung dengan awak, hilang segala penat, mengantuk saya. awaklah buah hati saya, yang saya mahu disisi saya, didunia dan diakhirat..

antara kita, doa penyambung kasih sayang ini, terima kasih Ya Allah kerana membantu kami. cinta kita pada Allah yang satu, Tuhan yang Maha berkuasa keatas sesuatu yang dikehendakinya, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. yang mendengar segala rintihan hambaNya.. Ya Allah.. hanya padamu tempat ku mengadu. Hidupkan kami dalam keimanan, dan matikanlah kami dalam keadaan yang beriman. Amin, Ya Rabbal Alamin.

terima kasih Ya Allah...
dan juga terima kasih sayang kita
hari ini saya benar2 bahagia.

Monday, August 21, 2006

Singkat


Buat yang tersayang..

Sayang duduk dibelakang kita saat ini. main2 telefon.. tak tau apa yang difikirkan difikiran.entahkan masih ada tentang kita atau pun tidak atau saja mahu duduk jauh dari kita untuk memberi kita sedikit ruang semasa berada dihadapan computer.

sayang kita..
kita terlalu sayang pada sayang kita ni.. sekejab membaca blog dan juga cerita tentang siti,tapi kita rasa macam tak patut saya buat semua ini. membuang masa yang amat berharga semasa sayang kita ada disisi..

sayang kita,
jom kita tidur bersama.. saya nak peluk sayang kita ni erat2.. tak nak lepas lagi.. kita sayang sangat dengan sayang kita.. memang sayang.. tak perlu ragu lagi sebab memang segalanya kita dah serahkan pada sayang kita nan sorang ni..

sayang kita..
terima kasih kerana menjadikan saya seorang manusia yang penuh dengan kasih sayang. dan kasih sayang ini, hanya untuk sayang kita yang kita teramat sayang..

sayang sangat sangat!!!
muah..
------------------------
Balasan buat tersayang,

Awak adalah segalanya buat saya. Keahadiran yang singkat begini sudah cukup untuk mengukir senyum di hati ini. Awak tahu yang sesungguhnya sayang yang ada pada saya hanya untuk awak seorang. Segala apa yang berlaku dan saya lakukan hanya berkisar tentang sayang.

Saya mungkin duduk di belakang sana, tapi fikiran saya tetap tertumpu pada sayang. Apa saja yang menghiburkan sayang pada pc tu, juga menjadi hiburan buat saya.

Sayang,
Awak pun tak perlu ragu tentang cinta saya ini, kerana tak ada yang lain... dalam hati ini,..hanya awak seorang.

Will always love you sayang..

Jom tido!!

---------------------
sayang kita..

tak tahu cam ne nak di ucap kan dari hati ini yang sayang kita ini adalah segala2nya buat diri ini.. jom kita tidur.. bersama, selamanya..