Saturday, October 07, 2006

bersamamu

dah sampai hari saya kena balik. tak puas rasa bersama awak. sepanjang saya disini, inilah rasanya cuti terpanjang saya untuk kita bersama. saya nak sangat rasa untuk berhari raya bersama awak, tapi belum lagi masanya. awak masih sibuk dgn urusan awak, kerjaya awak. begitu juga saya terlalu sibuk dengan segala tugasan saya sehingga kita masih belum boleh bersama seperti orang lain.

tq sebab sudi belajar surah Al-A'la. saya pun baru je nak pandai ni. saya pun banyak lagi nak belajar di sepanjang penghidupan ini. ada banyak yang saya tertinggal, alpa dengan corak kehidupan saya, sehingga terlupa padaNya.

kenapa awak tanya saya sayang awak tak? awak dah tahu kan .. jawapannya. boleh tak saya hidup tanpa awak, iskandar? awak dah plan segalanya untuk hidup bersama saya.. saya juga dah atur segalanya.. kita berdua berjanji nak berubah untuk menjadi hambaNya yang baik.

saya tunggu awak pada 19hb nanti, ye sayang? hopefully saya dah boleh ambil handphone saya balik. doakan kejayaan saya. saya juga akan turut berdoa. abah dan adik juga turut berdoa dirumahNya. saya tak kuat nak buat segalanya berseorangan. dan saya tak pula seorang yang pandai dalam berkata-kata. saya cuma nak mempertahankan kebenaran. tak mahu nanti mati saya dalam keaadan yang tak sempat bertaubat. tak mahu juga, hidup diselubungi oleh manusia yang tak mahu mendengar suruhanNya.

awak tak salah mengajar saya utk berani bersuara sayang.. awak telah membawa saya kearah jln yang benar, supaya saya dapat menjalani hidup ini sebaik yang mungkin. sebelum kita sama2 pergi bertemuNya.

saya akan selalu rindukan awak sangat2. saya juga rindukan anak kita HADIAH.

Ya Allah, berikanlah diriku kekuatan utk menempuhi hidup ini. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

Hadiah & Family,
Selamat Menyambut Syawal. Semoga kamu semua berbahagia.

I'm off to my hometown about a week.

- gnikraf