Saturday, September 30, 2006

Beacuse Of You

A wise man once told me,

If we fall in love because someone makes us laugh, then what happens when we no longer find them funny?

If we fall in love because someone is beautiful, then what happens when that beauty fades?

If we fall in love because someone can provide for us, then what happens when they lose their wealth?

So love someone only for their self alone.

Sayang,

You have asked me many times before "why I love you?"
But I have never truly tells you why. . .
The reason being...

It is because of You, . . .that I found love.
and it will only be with You that i want to spend the rest of my life . .

Saturday, September 23, 2006

tanpamu

kenapa saya rasakan kembali perasaan yang sama setelah saya telah buang ianya jauh2..

dlm hidup ini, saya cuma ada awak.
masa saya dibuang dulu, saya sedih sangat kerana saya tau saya tiada sesiapa.
saya bangun semula, saya cuba cari diri saya yang jatuh.
saya bersyukur kerana dipertemukan dgn awak.
saya bahagia, kerana kasih sayang yang awak curahkan.

dibulan yang mulia ini, kita masih lagi diuji.
kasih sayang ini, tetap utuh, tetap sama seperti semasa kita mula2 bertemu.
cuma saya terasa hati.
saya cuma ada awak..
jika awak pun diambil dari hidup saya,
saya tau... saya tiada apa2 lagi.

saya takut.

Friday, September 22, 2006

mlm Ramadhan pertama

saya sedih sangat, saya nak sangat malam Terawih pertama solat dgn awak.
hari ini saya solat lagi sorang2 macam thn sebelumnya.
tiba2 saya menangis.
mlm ni saya duduk seorang dirumah.
saya tahu awak penat, dan kita baru berjumpa, tapi dihari yang mulia ini, saya ingin kita bersama, mkn sahur bersama.
bukan rezeki kita lagi.. insyaAllah thn hadapan.

Ya Allah, sedihnya hatiku ini. tinggal jauh dari yang tersayang. Kau percepatkanlah untuk bersama. Kau permudahkanlah laluan kami Ya Allah.

Selamat menyambut Ramadhan sayangku. Jangan lupa solat Terawih tiap2 mlm.. kita buat sama2 walau kita berjauhan. dan bangun sahur ok? moga amalan kita diterima olehNya. Amin.

Cara2 dan Bacaan Solat/ Sembahyang Sunat Terawih

Ringkasan Terawih 8 rakaat

Tarawih petama :
1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kedua :
1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketiga:
1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keempat :
1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir pertama :
1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la....").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir kedua : Satu rakaat sahaja
- Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")
sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq)
sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas")

*Note : Diatas hanya disertakan kaedah ringkas 8 rakaat sebagaimana diamalkan Rasullullah. (SAW). 20 rakaat pun boleh. Yang penting diamalkan, ikhlas dan khuysu'. Fadilat Terawih ada banyak terdapat dalam banyak web lain.

Selamat Berpuasa Semua

Buat Mummy, Daddy dan seluruh umat islam. . .
Selamat menjalani Ibadah Berpuasa. . .

Semoga Ibadah kita diterima Ilahi.

Saturday, September 16, 2006

bila semalam

bila semalam kita bercerita, ketawa
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita bertemu, bermesra
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita mengada, manja
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita berjanji, berubah
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita bernyanyi, bersama
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita senyum, bahagia
hari ini?

Ya Allah, telah ku buang segala-galanya untuk bersamanya. mungkin masih tidak cukup. mungkin aku yang terlalu meminta. mungkin keranaku, dia merasa dirinya kurang.. walaupun aku yang sebenarnya masih kurang. dia menyalahkan dirinya, walaupun telah ku katakan berkali-kali akan ku patuh apasaja walau aku sering alpa dgn perkara yang harus ku utamakan.

Ya Allah, Kau saja yang Maha Mengetahui, apa yg kami tidak ketahui.

Friday, September 15, 2006

Hanya Sedikit kebahagiaan...

Mungkin aku terlalu menginginkan yang berlebihan. .
Mungkin aku perlu beri sedikit ruang.
Mungkin itu yang dipinta.
Mungkin itu yang diinginkan.
Mungkin aku terlalu mengongkong
Mungkin juga aku terlalu mengharap

Aku tak mahu jadi sama seperti jutaan blog didunia yang mengeluh..bergurindam.
Aku tak perlu itu semua.
Ada yang menyanyikan lirik buat tersayang bila gembira. .
Ada pula yang berpuisi lagu syahdu, bila berduka. .
Malah ada juga blog yang terpadam bila akhirnya sebuah episod lara.
Semuanya terpapar dalam blog mereka.

Aku tak mahu jadi mereka
Aku nyaris

Tuhan,.. Aku hanya dambakan sedikit kebahagiaan.
Aku tak pinta banyak.
Hanya Sedikit kebahagiaan. .

Wednesday, September 13, 2006

keluarkan lagu tu

hadiah tolong mummy buatkan angelfire boleh? ur daddy sudah buat salah, lagu semua tak keluar. hueh hueh hueh

pliz infonrm mummy username and password ok!

tq sayang.

Sunday, September 10, 2006

hey sayang~

sayang.. mana awak pegi?
lama saya cari awak.
saya panggil panggil nama awak.
awak jgn buat saya macam ni lagi tau!
tinggalkan saya cam tu je..
lenkali bawa saya bersama
saya nak ikut mana je awak pegi
akhirnya saya jumpa awak balik
syukur Alhamdulillah
Tuhan dgr jua doa saya..
Awak kebahagiaan saya
saya tak mampu hidup tanpa awak
jgn pergi dari diri ini ye
jgn letak hati saya jauh sangat
biar kita bersama macam masa baru jumpa dulu
saya sakit kalau awak tak ada
pandangan saya kelabu kalau awak hilang
awak cahaya saya
awak penawar saya
semuanya adalah awak
pegang saya kuat2 jgn lepaskan k
saya nak jalan sama2 dgn awak
jauh pun tak pe saya tetap nak ikut
janji jgn pergi tanpa saya tau
janji k sayang?
sayang awak sangat~

Hanya Engkau Seorang. . .

Aku cuma tak mahu berpisah.
Aku takut kehilangan sayang ku seorang ini.
Aku hanya inginkan dia.
..Untuk hidup menemaniku.
Bukan yang lain. Tak ada yang lain.

Sayang,
Terimalah aku se adanya.

Hanya engkau dihati ini. Dan hanya engkau sa orang.

definasi cinta ini

saya cuma nak jadi bahagia. saya sayang sangat dan rindu sangat kat awak. tanpa awak, hidup saya takkan bermakna. jgn tinggalkan saya sampai bila2.. jgn k.