Tuesday, December 19, 2006

hati berkata..

hal semalam masih menghantui fikiranku..

sayang,
benar kah awak takkan tinggalkan saya walau apa pun terjadi?
jika benar, mengapa hal semalam berlaku?
benarkah ianya takkan berlaku lagi?
saya benar faham, apa yang kita telah discusskan dan apa yang kita perlu buat.

cuma,
saya masih khuathir,
dan saya sentiasa dlm keraguan.

perasaan itu pernah ada.
dan perasaan itu pernah hilang.
dan kini, perasaan itu dtg lagi.

saya boleh buat yang terbaik.
saya yakin saya boleh.
cuma, saya takkan setenang hari sebelum semalam.
maafkan saya...

cinta itu amat kuat, hingga tak sanggup kehilangannya walau seminit.
benarlah kita tak pernah puas dgn masa yang diberi.
hari ini, saya memandang kehadapan, dan berkata pada diri sendiri..

"aku akan laluinya, walaupun satu hari nanti aku terjatuh dan terlepas dari gengaman, kerana ianya terlalu amat berharga untuk ku lepaskan peluang yang sedia ada.."

Tuesday, December 12, 2006

Happy Birthday Mummy. .

Mummy dearest,

I know Life is too short to have it ALL.
. . but we'll make use of what's left to the FULLEST k?

Happy Birthday Mummy.





Surga itu di bawah telapak kaki ibu. . .

Love you always and forever. .
Hadiah Iskandar

Saturday, November 11, 2006

roda hidup

pernah tak awak lihat burung yang dah kena lastik. mengelupur di udara dan kemudiannya jatuh perlahan menyembah bumi. masih hidup tapi kaki dah sakit, berdarah, dan tak boleh berjalan. tak tahu mana nak cari mkn. nak terbang, sayap dah terkulai sebelah. harus sembunyi, nanti dinampak org, ditangkap disembelih.. perlahan2 cuba mencari tempat berteduh dek panas dan hujan. tunggu masa, hilanglah nyawa. tiap hari terpandang birunya langit, disuatu masa begitu gah dia disana, kini tinggallah sendirian dibumi menunggu masa untuk meneruskan sisa sisa hidup yang bukan seperti dulu.

wahai burung, begitulah hidup ini. tak selamanya kita diatas. ada masa, kita harus merangkak perlahan-lahan untuk tiba ke pengakhiran hidup ini, walau susah dan pedih.

Tuesday, November 07, 2006

stress

even tho' u tell me many times that u loves me... there is still so many things that you keep it away from me.

even today, u are still not sure and not wanting to say that u are my wife. there are so many things in your mind, and i guess i will have to guess them all?

hari ini, awak masih lagi ber"kalau". hari ini, awak masih lagi ber"moga".

saya hari ini, sudah yakin tidak ada yang lain, tapi awak masih beri jawapan yang awak "tidak tahu".

awak, mintak saya berjanji agar tidak tinggalkan awak, dan saya akur dan akan saya pegang janji tersebut.

mlm pertama jumpa saya dah sakiti hati awak dgn 'nasihat' saya pasal **** awak dgn ****. saya silap. saya minta maaf.

awak cerita --> saya dengar.
awak suruh ulang --> saya ulang.
awak mintak cium, peluk --> saya buat.
awak lapar --> saya masak.
namun, bila saya cakap --> saya selalu salah, selalu lukakan hati awak.
bila saya diam --> hati saya pedih sangat.
bila saya tahu bahawa ada lagi perkara yang saya tidak tahu.. --> saya jadi bertambah sedih.

lama dgn awak buat saya kenal awak lebih dekat. kini, saya tahu nilai 'kata2' yang keluar dari mulut saya. kini saya tahu bila perlu 'menasihati'. kini, saya sedar 'diam' itu selalunya lebih baik dari sering bercakap dan melukakan hati awak. kini, saya perlu lebih berhati-hati --> jangan pentingkan diri sendiri.

seperti kata awak, apa pun terjadi..
maka selagi itulah.. saya disini, cuma sedikit berbeda.

~end.

... ada banyak lagi yang nak saya tulis dan beritahu awak, namun setiap kali saya berfikir utk bicara, setiap kali itulah saya rasa saya akan di momok.

tulisan saya may means nothing to you. it's just a word that i wrote. but saya kira hanya dengan tulisan dapat saya kabarkan isi hati ini.

sejak saya dengan awak, saya sudah tidak lagi ber 'KALAU'. saya 'look forward', ber'AZAM' dan ber 'DOA'. for our future. i care less about my past and do not want to let my past.... tbc.

moga awak tahu

awak adalah segala-galanya buat diri ini
moga awak tahu
moga awak akan tetap bersama saya
walau apapun terjadi.

Sunday, October 29, 2006

missing u sayang

tadi saya nampak airmata awak. saya tertanya adakah itu kerana saya..

saya tak boleh lupakan awak seminit pun. saya cuba call. phone tak de credit, dan yang lagi satu dah kena barred. anyway.. phone awak tak on.

esok saya kena kerja. boleh ke saya kerja esok? saya pun tak tau. hari pertama setelah lama bercuti, dan hati saya yang tak keruan..

sayang,
saya nak awak tahu. apa pun terjadi antara kita, hanya awak saja buat saya terus bernafas hari ini. hanya awak saja yang saya mahu. hanya awak saja dihati ini. hanya awak saja kekasih saya. hanya awak saja. saya tak boleh hidup tanpa awak.

(tadi awak marah saya. saya diam aje. byk yang awak cakap, saya tak balas balik, sebab saya memang cam tu. apa yang awak fikir kenapa saya diam, tak sama dgn apa yang saya fikirkan. tadi setelah awak asyik bercakap je... saya cuma diam membisu, then awak nangis..

awak.. masa saya dgn awak hari ini tak cukup. kenapa masa terlalu cepat berlalu? saya masih mahu bersama dgn awak. tapi saya dah tak de cuti lagi. saya nak awak. saya nak awak.. bersama saya.. saya nak awak kat sini. dok sebelah saya. tapi awak dah tak de. awak dah balik. saya nak ada dlm peluk awak. eh.. napa saya nangis?

saya dah mula rindukan awak sangat2..

Saturday, October 07, 2006

bersamamu

dah sampai hari saya kena balik. tak puas rasa bersama awak. sepanjang saya disini, inilah rasanya cuti terpanjang saya untuk kita bersama. saya nak sangat rasa untuk berhari raya bersama awak, tapi belum lagi masanya. awak masih sibuk dgn urusan awak, kerjaya awak. begitu juga saya terlalu sibuk dengan segala tugasan saya sehingga kita masih belum boleh bersama seperti orang lain.

tq sebab sudi belajar surah Al-A'la. saya pun baru je nak pandai ni. saya pun banyak lagi nak belajar di sepanjang penghidupan ini. ada banyak yang saya tertinggal, alpa dengan corak kehidupan saya, sehingga terlupa padaNya.

kenapa awak tanya saya sayang awak tak? awak dah tahu kan .. jawapannya. boleh tak saya hidup tanpa awak, iskandar? awak dah plan segalanya untuk hidup bersama saya.. saya juga dah atur segalanya.. kita berdua berjanji nak berubah untuk menjadi hambaNya yang baik.

saya tunggu awak pada 19hb nanti, ye sayang? hopefully saya dah boleh ambil handphone saya balik. doakan kejayaan saya. saya juga akan turut berdoa. abah dan adik juga turut berdoa dirumahNya. saya tak kuat nak buat segalanya berseorangan. dan saya tak pula seorang yang pandai dalam berkata-kata. saya cuma nak mempertahankan kebenaran. tak mahu nanti mati saya dalam keaadan yang tak sempat bertaubat. tak mahu juga, hidup diselubungi oleh manusia yang tak mahu mendengar suruhanNya.

awak tak salah mengajar saya utk berani bersuara sayang.. awak telah membawa saya kearah jln yang benar, supaya saya dapat menjalani hidup ini sebaik yang mungkin. sebelum kita sama2 pergi bertemuNya.

saya akan selalu rindukan awak sangat2. saya juga rindukan anak kita HADIAH.

Ya Allah, berikanlah diriku kekuatan utk menempuhi hidup ini. Amin.

Sunday, October 01, 2006

hari ni ok. lama2 ok tak?

saya menulis.. beritahu cerita saya hari ini.
tiba2 ada org respon.. eh! saya terhepi.

awak jadi sedih. hurt.
awak tak sangka saya check email masa tgh chat dgn awak.
saya buat benda lain masa dgn awak.

kita stop webcam etc..etc..
awak tulis email.. beritau perasaan awak.
saya baca email tu dan terus tulis di sini..

awak..
saya hurt awak lagi.
saya sedari saya mesti ada buat awak hurt,
tak byk sikit mesti ada.

sekarang saya tanya diri saya,
kalau macam ni, satu hari nanti..
kalau awak dah fed up
adakah awak akan tinggalkan saya?

entah.. saya takut.

Saturday, September 30, 2006

Beacuse Of You

A wise man once told me,

If we fall in love because someone makes us laugh, then what happens when we no longer find them funny?

If we fall in love because someone is beautiful, then what happens when that beauty fades?

If we fall in love because someone can provide for us, then what happens when they lose their wealth?

So love someone only for their self alone.

Sayang,

You have asked me many times before "why I love you?"
But I have never truly tells you why. . .
The reason being...

It is because of You, . . .that I found love.
and it will only be with You that i want to spend the rest of my life . .

Saturday, September 23, 2006

tanpamu

kenapa saya rasakan kembali perasaan yang sama setelah saya telah buang ianya jauh2..

dlm hidup ini, saya cuma ada awak.
masa saya dibuang dulu, saya sedih sangat kerana saya tau saya tiada sesiapa.
saya bangun semula, saya cuba cari diri saya yang jatuh.
saya bersyukur kerana dipertemukan dgn awak.
saya bahagia, kerana kasih sayang yang awak curahkan.

dibulan yang mulia ini, kita masih lagi diuji.
kasih sayang ini, tetap utuh, tetap sama seperti semasa kita mula2 bertemu.
cuma saya terasa hati.
saya cuma ada awak..
jika awak pun diambil dari hidup saya,
saya tau... saya tiada apa2 lagi.

saya takut.

Friday, September 22, 2006

mlm Ramadhan pertama

saya sedih sangat, saya nak sangat malam Terawih pertama solat dgn awak.
hari ini saya solat lagi sorang2 macam thn sebelumnya.
tiba2 saya menangis.
mlm ni saya duduk seorang dirumah.
saya tahu awak penat, dan kita baru berjumpa, tapi dihari yang mulia ini, saya ingin kita bersama, mkn sahur bersama.
bukan rezeki kita lagi.. insyaAllah thn hadapan.

Ya Allah, sedihnya hatiku ini. tinggal jauh dari yang tersayang. Kau percepatkanlah untuk bersama. Kau permudahkanlah laluan kami Ya Allah.

Selamat menyambut Ramadhan sayangku. Jangan lupa solat Terawih tiap2 mlm.. kita buat sama2 walau kita berjauhan. dan bangun sahur ok? moga amalan kita diterima olehNya. Amin.

Cara2 dan Bacaan Solat/ Sembahyang Sunat Terawih

Ringkasan Terawih 8 rakaat

Tarawih petama :
1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kedua :
1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketiga:
1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keempat :
1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir pertama :
1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la....").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir kedua : Satu rakaat sahaja
- Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")
sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq)
sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas")

*Note : Diatas hanya disertakan kaedah ringkas 8 rakaat sebagaimana diamalkan Rasullullah. (SAW). 20 rakaat pun boleh. Yang penting diamalkan, ikhlas dan khuysu'. Fadilat Terawih ada banyak terdapat dalam banyak web lain.

Selamat Berpuasa Semua

Buat Mummy, Daddy dan seluruh umat islam. . .
Selamat menjalani Ibadah Berpuasa. . .

Semoga Ibadah kita diterima Ilahi.

Saturday, September 16, 2006

bila semalam

bila semalam kita bercerita, ketawa
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita bertemu, bermesra
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita mengada, manja
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita berjanji, berubah
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita bernyanyi, bersama
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita senyum, bahagia
hari ini?

Ya Allah, telah ku buang segala-galanya untuk bersamanya. mungkin masih tidak cukup. mungkin aku yang terlalu meminta. mungkin keranaku, dia merasa dirinya kurang.. walaupun aku yang sebenarnya masih kurang. dia menyalahkan dirinya, walaupun telah ku katakan berkali-kali akan ku patuh apasaja walau aku sering alpa dgn perkara yang harus ku utamakan.

Ya Allah, Kau saja yang Maha Mengetahui, apa yg kami tidak ketahui.

Friday, September 15, 2006

Hanya Sedikit kebahagiaan...

Mungkin aku terlalu menginginkan yang berlebihan. .
Mungkin aku perlu beri sedikit ruang.
Mungkin itu yang dipinta.
Mungkin itu yang diinginkan.
Mungkin aku terlalu mengongkong
Mungkin juga aku terlalu mengharap

Aku tak mahu jadi sama seperti jutaan blog didunia yang mengeluh..bergurindam.
Aku tak perlu itu semua.
Ada yang menyanyikan lirik buat tersayang bila gembira. .
Ada pula yang berpuisi lagu syahdu, bila berduka. .
Malah ada juga blog yang terpadam bila akhirnya sebuah episod lara.
Semuanya terpapar dalam blog mereka.

Aku tak mahu jadi mereka
Aku nyaris

Tuhan,.. Aku hanya dambakan sedikit kebahagiaan.
Aku tak pinta banyak.
Hanya Sedikit kebahagiaan. .

Wednesday, September 13, 2006

keluarkan lagu tu

hadiah tolong mummy buatkan angelfire boleh? ur daddy sudah buat salah, lagu semua tak keluar. hueh hueh hueh

pliz infonrm mummy username and password ok!

tq sayang.

Sunday, September 10, 2006

hey sayang~

sayang.. mana awak pegi?
lama saya cari awak.
saya panggil panggil nama awak.
awak jgn buat saya macam ni lagi tau!
tinggalkan saya cam tu je..
lenkali bawa saya bersama
saya nak ikut mana je awak pegi
akhirnya saya jumpa awak balik
syukur Alhamdulillah
Tuhan dgr jua doa saya..
Awak kebahagiaan saya
saya tak mampu hidup tanpa awak
jgn pergi dari diri ini ye
jgn letak hati saya jauh sangat
biar kita bersama macam masa baru jumpa dulu
saya sakit kalau awak tak ada
pandangan saya kelabu kalau awak hilang
awak cahaya saya
awak penawar saya
semuanya adalah awak
pegang saya kuat2 jgn lepaskan k
saya nak jalan sama2 dgn awak
jauh pun tak pe saya tetap nak ikut
janji jgn pergi tanpa saya tau
janji k sayang?
sayang awak sangat~

Hanya Engkau Seorang. . .

Aku cuma tak mahu berpisah.
Aku takut kehilangan sayang ku seorang ini.
Aku hanya inginkan dia.
..Untuk hidup menemaniku.
Bukan yang lain. Tak ada yang lain.

Sayang,
Terimalah aku se adanya.

Hanya engkau dihati ini. Dan hanya engkau sa orang.

definasi cinta ini

saya cuma nak jadi bahagia. saya sayang sangat dan rindu sangat kat awak. tanpa awak, hidup saya takkan bermakna. jgn tinggalkan saya sampai bila2.. jgn k.

Monday, August 28, 2006

bahagia

saya bahagia hari ni..

terima kasih sayang kerana memberikan kebahagiaan yang tak terhingga pada hari ini. walaupun kita jauh, tapi saya rasa bahagia sangat.

semalam, saya kira, saya dah bagai tak bernyawa.. doa saya padaNya agar saya dapat semula cinta saya, dapat semula hati awak.. saya merayu, saya bernazar.. Alhamdullilah. betapa besar nikmat Allah.

walau hari ini saya telah tunaikan nazar saya, walau penat sangat pulang dari kerja, tapi demi dapat berhubung dengan awak, hilang segala penat, mengantuk saya. awaklah buah hati saya, yang saya mahu disisi saya, didunia dan diakhirat..

antara kita, doa penyambung kasih sayang ini, terima kasih Ya Allah kerana membantu kami. cinta kita pada Allah yang satu, Tuhan yang Maha berkuasa keatas sesuatu yang dikehendakinya, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. yang mendengar segala rintihan hambaNya.. Ya Allah.. hanya padamu tempat ku mengadu. Hidupkan kami dalam keimanan, dan matikanlah kami dalam keadaan yang beriman. Amin, Ya Rabbal Alamin.

terima kasih Ya Allah...
dan juga terima kasih sayang kita
hari ini saya benar2 bahagia.

Monday, August 21, 2006

Singkat


Buat yang tersayang..

Sayang duduk dibelakang kita saat ini. main2 telefon.. tak tau apa yang difikirkan difikiran.entahkan masih ada tentang kita atau pun tidak atau saja mahu duduk jauh dari kita untuk memberi kita sedikit ruang semasa berada dihadapan computer.

sayang kita..
kita terlalu sayang pada sayang kita ni.. sekejab membaca blog dan juga cerita tentang siti,tapi kita rasa macam tak patut saya buat semua ini. membuang masa yang amat berharga semasa sayang kita ada disisi..

sayang kita,
jom kita tidur bersama.. saya nak peluk sayang kita ni erat2.. tak nak lepas lagi.. kita sayang sangat dengan sayang kita.. memang sayang.. tak perlu ragu lagi sebab memang segalanya kita dah serahkan pada sayang kita nan sorang ni..

sayang kita..
terima kasih kerana menjadikan saya seorang manusia yang penuh dengan kasih sayang. dan kasih sayang ini, hanya untuk sayang kita yang kita teramat sayang..

sayang sangat sangat!!!
muah..
------------------------
Balasan buat tersayang,

Awak adalah segalanya buat saya. Keahadiran yang singkat begini sudah cukup untuk mengukir senyum di hati ini. Awak tahu yang sesungguhnya sayang yang ada pada saya hanya untuk awak seorang. Segala apa yang berlaku dan saya lakukan hanya berkisar tentang sayang.

Saya mungkin duduk di belakang sana, tapi fikiran saya tetap tertumpu pada sayang. Apa saja yang menghiburkan sayang pada pc tu, juga menjadi hiburan buat saya.

Sayang,
Awak pun tak perlu ragu tentang cinta saya ini, kerana tak ada yang lain... dalam hati ini,..hanya awak seorang.

Will always love you sayang..

Jom tido!!

---------------------
sayang kita..

tak tahu cam ne nak di ucap kan dari hati ini yang sayang kita ini adalah segala2nya buat diri ini.. jom kita tidur.. bersama, selamanya..

Saturday, July 22, 2006

Silence Word

No words are necessary
between two loving hearts..
as we can just tell each other a thousand things
without talking. .

hope you know,
what's in my heart right now?

Monday, July 17, 2006

Moments Together. . .

The special cafe latte was great.
The scenery was even better.
The pizza was a bit of a let down.
..but all the most important would be the time spent with that someone very dear to me.

I wish it would last forever.

* * *
Please give me some time to settle things behind me.
In all honesty, i would like to be with you, and only you alone..
as soon as possible.

One thing you should know, is that. .
My heart is already belongs to you.

* * *
God knows what is in my heart.
It is almost always aching and crying.

But, i will always wait for you.
I will always love you. . .

* * *
You have been patient for so long. . and i want you to know that.
You have even make things which makes me grow fonder of you each and every day. .

Let us pray together so that the DAY will finally be here, when we both can be together as ONE.

* * *

Friday, July 14, 2006

Terima Kasih Sayang










I knew it from the very beginning that you are full of surprises.

Sayang,
Thank you for your time, your patience, your tender loving care.

Thank you for being there when i need you the most.
And most of all, thank you for just being yourself.

Love you Always...

Thursday, June 15, 2006

More Than Words

Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words

Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

credit-extreme

Monday, June 12, 2006

kita

i can't live w'out..

hadiah.. anakku yg tersayang
awak.. suamiku yg amat dicintai dan dikasihi

jangan tinggalkan saya
jangan pernah lupakan saya..

kalau itu ketentuanNya.. saya redha. tapi, saya takut sangat kehilangan kalian berdua. takut sangat2. dlm doa ini, dan linangan airmata ini, dgn masa yg amat singkat, saya tau, keputusan itu ditgn saya. yg buruk semua dari saya, dan baik semuanya dari Allah S.W.T. maafkan segala khilaf saya, ampunilah saya kalau saya bukan yang terbaik. simpan hati 'kita' baik-baik.

sayang saya, kasih saya.. hanya untuk awak.

Monday, June 05, 2006

Da Vinci Express

There are days when we just love to cuddle at home, and there are days when we just love to share our love in public.This is just one of those days.

We started off rather late in the evening. We went to get ourself fitted for a same colour suit dress jacket. We had our lunch and we also had a moment of silence when an argument erupted. Nonetheless, it did not last long. We just dont have time to ponder on pointless arguments and starts hugging and kissing each other.
We then stop for dinner at the 'Thai Express' for the fabulous Phaad Thai. Mummy Hadiah had a "Prawn Phaad Thai" whilst daddy had a 'chicken version' instead. Yummy!!
It was a movie day out afterall and we decided to watch 'the Da Vinci Code'. It was a cleverly edited movie with precise script and storyline. 4 out 5 stars!

The day was over so fast that the time spent together felt so little.

I wish i had more time to spend with you my love. I wish that you are here with me, now. . .

Wednesday, May 31, 2006

Antara Lengkuas & Sengkuang

Some info for Daddy before you went out for shopping at the supermarket later..

 
This is Halia, it's called Ginger in english.


This is Kunyit, known as Tumeric in english.


and finally, this is Lengkuas, known as Galangal

Daddy don't confuse between lengkuas and sengkuang as it is totally a different species altogether...


This is sengkuang, also known as mexican turnip or potato bean.


Okay daddy..Enjoy shopping!!..hehe..
Love you Always..HadiahPosted by Picasa

Sunday, May 28, 2006

Buat Tersayang...

Sunyi, sepi
mungkin ada baiknya..
mungkin ada hikmahnya..
Tuhan maha mengetahui..

Namun Sayang ini...
tak pernah luntur walau sehari..
tak pernah luput walau sesaat..

sesungguhnya rindu ini masih mekar
kiranya itulah TakdirNya..
Kau ku tunggu

Thursday, May 11, 2006

cerita mummy and daddy

hadiah nak dgr cerita tak?

daddy ni, terlalu busy kerja, then dia tak siram pokok 2 minggu lamanya..
kesian pokok tu..

mati dah. terlentok tiga dahan kebawah. baru dia tersedar dan siram air banyak banyak. waktu mummy lihat daddy sibuk kerja, dan mummy juga sibuk dgn pc, daddy pasang lagu dan sibuk kerja dan nyanyi.. bising betul.

dah mummy baling bantal.. blanket, kotak tisu, suruh dia diam coz mummy tak concentrate nak buat kerja.. tapi dia tak perasan jugak hiks.. tapi mummy suka gak dgr daddy nyanyi sebab dia nyanyi penuh perasaan, huh.. kalah siti nurhaliza!

then, daddy kata ngantuk.. dia pun tidur lah kononnya.. sambil berdengkur. bila mummy pandang dia.. dia senyum.. acah je katanya.. then bangun balik buat kerja. kesian jugak dia, ngantuk pun kena buat kerja yang tak habis habis tu..

so sekarang, mummy dan daddy dua dua ngadap pc, tak berenti-renti. nanti bila tidur.. dua dua tidur tak bangun bangun. cam tu lah kehidupan ini..

hadiah sihat tak? mummy dan daddy harap hadiah happy disana.

we both love you so much sayang.. looking fwd to see you soon.

Joget Cinta Pertama

"Mulanya dia buat hal juga."
"Hal macam mana?"
"Dia terus buka seluar..huh, buruk betul. Nampak macam katak.."
"Ah, tak senonoh."
Haslinda mencubit lenganku dan sekali gus memaksa aku mengaduh kecil.
"cakaplah betul-betul Matt..dia buat apa?".
"Okey." Aku meneguk liur.

Sedutan "Joget Cinta Pertama" - Matt Romeo (credit Creative Enterprise)


Daddy..daddy cuba la baca novel yang mummy baca ni...best tau!....

Tuesday, May 09, 2006

?

buat hadiah anakku,
ohh.. sayang anak mummy yang comel ni,
lama mummy tunggu untuk kita dapat bersama
entahkan cepat hari itu entahkan tidak
hanya DIA yang tahu
kita hanya mampu merancang
agar segalanya menjadi yang terbaik dan..
hanya doa senjata kita sayang..

kepada anakku sayang,
ingat pada mummy dan daddy selalu
tentu kita akan bersama nanti
akan mummy doakan setiap hari

bersama denganmu anakku,
esok.. adakah hanya sebuah impian?
rindu dihati tidak terkira
semoga DIA mengabulkan harapan kita sayang
antara sedar atau tidak
terlalu banyak halangan yang dilalui
untuk sebuah harapan, tercapaikah..
???

Sunday, May 07, 2006

Costa Sketch

Hai Hadiah Sayang. . .

Just thot of sharing with you a sketch done by mummy when we were at the Costa Cafe.
She really got the talent don't you think so?
By the way, that's daddy with the goatie. . .

We really miss you so much!!

Will never fade


"love has the power to teach us things that the most complete and expensive education could not teach us in a million years."

. . .thank you for being there
. . .for in the silence, my love for you will never fade. . .
. . .loving you always, and forever. . Posted by Picasa

Saturday, May 06, 2006

dugaan atau keikhlasan..

manusia, memang berpegang pada janji.
tapi
manusia juga suka balas perbuatan sesama sendiri..

kalau mereka dapat kaca akan dibalas dgn kaca
kalau diberi intan.. akan balas balik dgn intan..

hadiah..
memang benar, mummy sayang pada daddy
rindu? rindu sekali.

cuma, hati ini kecil.. kecil hati
kalau keikhlasan tak ada dihati
buat apa kita bersama?

macam semalam, dah merajuk tapi rindu..
mummy call daddy buka webcam
rindu sangat nak tengok wajahnya..
haha..
apa yang mummy dapat?
kerana webcam mummy kabur
daddy punya webcam pun sama kabur..
selalunya tak..

hanya kerana itu,
entahlah.. tak nak tulis lagi apa yang tersirat dihati ini.

biar lah.. berdiam diri.
mungkin itu lebih baik.

Dugaan Tuhan

Mummy (3:33:42 AM): saya janji tak degil lagi
Mummy (3:33:50 AM): saya janji tak masam muka lagi
Mummy (3:33:55 AM): tak gaduh gaduh
Mummy (3:33:59 AM): cari gaduh
Mummy (3:34:15 AM): saya janji bangun pagi masakkan awak b'fast
Mummy (3:34:25 AM): dan tak malas.. buat kerja rumah
Daddy (3:34:29 AM) : awak akan jadi yang terbaik. . .
Daddy (3:34:34 AM) : saya yakin. . .penuh yakin
Mummy (3:34:47 AM): saya janji masakkan awak lunch dinner tanpa belacan
Daddy (3:34:50 AM) : sebab tu saya ingin, dan tekad untuk bersama, memiliki awak, sampai akhir hayat kita berdua..
Mummy (3:34:56 AM): saya janji lahirkan anak2 awak
Mummy (3:35:22 AM): dan jadikan mereka seorang yang beriman, berpengetahuan dan penyayang macam awak
Mummy (3:35:38 AM): saya janji tak minta awak urut saya
Mummy (3:35:51 AM): dan tak ganggu awak bila awak letih nak tido
Mummy (3:36:05 AM): saya janji..
Daddy (3:36:05 AM): sayang. . .you know I love you. . .
Mummy (3:36:08 AM): saya janji


Mummy Sayang,. . .
Mummy tak perlu minta maaf pada Hadiah.
Mummy tak salah. . .

Sebentar tadi, Daddy tunjukkan nota di atas pada Hadiah.
Daddy said. . “tengok ni . . Begitu kuat dugaan Tuhan pada daddy. . .Dia tahu daddy tak kuat, daddy lemah. . .tapi Dia masih menguji. . .”
Apa pun yang Dia lakukan, hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.
God works in a mysterious way.

Tuesday, May 02, 2006

Together Again

Lately, there has been so many events that took place.
All in all it just makes things more complex than it seems.

Mummy's been in a lot of pressure.
To much so that i salute her perserverence.
I hope mummy can stand all these.
Daddy must never give up k?
Your prayer and hope must never die.

God will listen to how serious your intention and HE promised that HE will give to those who seek.

Life is too short to ponder on matters that is insignificant.
Mom and Dad, Look ahead. . .The time will come, insya'Allah, when both of you can be together again as one lovely couple.
My prayer will always be with the both of you.
 Posted by Picasa

Wednesday, April 26, 2006

Tak nak Stress

Hadiah turut bersedih.Tak tahu kenapa.
Hadiah tahu mummy tengah bersedih.
Daddy konfius yer?..Daddy janganlah hairan-hairan.
This is natural . . .Insya'Allah, sedikit masa lagi, mummy akan okay.

Daddy kena banyak bersabar dan berdoa.
Mummy kena banyak berdoa dan mengadu pada Ilahi.
Sama-sama cari mana salah silapnya.
Biar Tuhan beri petunjuk.

Tuhan tak kejam.
Tuhan masih sayangkan mummy.
Hadiah juga sayangkan mummy.
Begitu juga daddy..dia sayangkan mummy.

Kita perbaiki kelemahan kita bersama k?...
I love you mummy.

Tuesday, April 25, 2006

so far, yet so near

Mummy is as always away...
But today she's here, close to me.
I know it will mean that she'll be away from daddy for quite some time.
There's nothing much that i can do really.

Mummy have a dream. A big dream.
Mummy have a goal and i will always pray for her success.

Daddy, . . .don't be sad okay? She'll be back soon.
I know you miss her so much but i can bet she remembers you, as always.

Love is strange thing, sometime you just can't live with it, but most of the time, you just can't live without it.

'till then,. . .Can't wait to see you both together again.

Sunday, April 23, 2006

Be With You

Hehe...Hadiah nampak mereka berdua penat betul.
Kesian pun ye juga...Apa tidaknya, Hadiah tahu, dua-dua tak cukup tidur. So, bila dapat peluang lelapkan mata...dua-dua tidur bagaikan bayi. Masing-masing bayar balik. Masing-masing tidur yang betul-betul punya tidur. . . Hadiah tahu esok dua-dua bertugas, tapi takpela..as long as both of you are happy, begitu juga Hadiah.
Hadiah turut gembira.


I only wish that both of you will be happy together. Jangan endahkan sangat benda2 kecil sampingan tu, ok? Always look for ways to improve the relationship. I'll always be with you. . .Always. Posted by Picasa

Saturday, April 22, 2006

Sinar Bahagia

Sepanjang siang Jumaat Hadiah sedih.
Namun lewat senja, Bila melihatkan keletah daddy dan mummy yang tak sabar berjumpa.. .. entah kenapa bertukar girang.
Hadiah tahu. Benda ni seakan ubat rindu.
Bila begitu lama berjauhan, the moment dengar khabar atau dapat peluang berjumpa, mereka bagaikan diawangan. Nampak terpancar sinar kegembiraan di riak wajah daddy. Di hati mummy, Tuhan sahaja yang tahu.
Daddy tak peduli kan kerja, langsung terus cek timetable. Katanya "esok-esok punya cerita, yang penting kena dapatkan tiket untuk ke sana.."
Dengan izin tuhan dapat daddy bertemu mummy.
Hadiah turut gembira.

Kali ni, mereka betul2 pastikan yang setiap detik bersama dimanfaatkan.
Few snapshots, a cup of mocha and americano, lukisan2 kecil, nescafe tarik, sandwich.
Semuanya bagai diatur. Semuanya cukup indah.
Hadiah suka tengok mereka begini.Hadiah nak mereka selalu begini. . ceria. Tak mau gaduh2. Tak mau masam2 muka.

Mummy & Daddy,
Hadiah doakan agar kalian berdua kekal bahagia.
Anggaplah babak2 duka sebagai rencah ratus kehidupan untuk saling mengenali antara satu sama lain. Daddy kena terima kekurangan mummy dan begitu juga mummy.Barulah hidup saling harmoni.

Ya Allah, Kau dengarlah doa hambamu ini ye?. . .

Friday, April 21, 2006

Berikan Kekuatan

Awal pagi, dapat 'missed call'. .
Telefon balik,...kena marah

Siang, chatting,. . Tanya. Pun kena marah juga.
Tengahari telefon dari ofis... Kena marah lagi.

Tapi,.. tetap tak putus asa, Tetap hantar sms. .
Tak putus menelefon, walau tak berjawab.
Semuanya. . .Kerana Sayang.

Tengah malam, dapat 'missed call'
Telefon balik..."tak larat."
Dalam blog, kena marah. . . Kerana tak beri perhatian.

Hari ini aku sedar, betapa sedikit usaha yang ku kira sudah ampuh. Panggilan dari jauh ke bilik hotel masih bukan bererti 'beri perhatian'.. 10-15 kiriman sms tanda ingatan juga masih bukan. Tuhan, Kau tolong hambamu ini,. . .Kau tunjukkan pada ku apa lagi yang harus ku lakukan..

Sayang, maafkan saya.

Semoga Allah memberikan kami kekuatan. Posted by Picasa

Thursday, April 20, 2006

kerjaya atau cinta?

kesian.. penatnyer.. penat sangat..

kita dua-dua penat, tapi hati ni rindu sangat.. nak juga sebelum mata ini tertutup kita dapat berhubung seperti selalu.

masih ingat lagi, satu pertanyaan yang pernah dijawab;

"kalau awak sayang sangat pada seseorang, apa yang akan awak buat?"
"beri sepenuh perhatian.."

nampaknya bila dah letih, semua tu tak de lagi. tidur lena yer.. moga Allah selalu menjagamu.

Tuesday, April 18, 2006

Di hati ini. . .

Doa ini bersambut..
Terima Kasih Ya Allah..
Terima Kasih Sayang..

Mungkin benar pada zahirnya, kita jauh,
tapi tidak di hati ini...
Tidak pernah sekali pun, jauh.

Kita akan buat ini bersama. ya sayang?
Kita pastikan yang ia akan jadi nyata.
Tak kira apa juga halangan,Tak kira siapa pun rintangan,
Kita kan tempuh bersama. . .

Pinta ini satu. .
Bersama denganmu walau dizinkan sekejab,
Berakhir dengan mu, sedia menghadap Ilahi.

Tak ada yang lain..di hati ini. Posted by Picasa

hanya dirimu..

mungkin diri ini nampak biasa. diraut wajah tak bisa meluahkan apa yang terbuku dihati ini. pada dasarnya, kita mungkin jauh diantara satu sama yang lain;

awak disana..
saya disini..
hadiah dimana??

namun kita pasti dapat membaca hati kita sesama sendiri. betapa sukarnya rindu ini. betapa kita memerlukan diantara satu sama yang lain..

hanya DIA yang mengerti..

padamu Ya Allah, kuserahkan diriku, takdirku.. hanya Kau menentukannya..
ku ingin menjadi hambaMu yang beriman..

rasa cinta yang Kau anugerahkan ini hanya untukMu.. dan juga pada dirinya yang kukasihi..
satukanlah kami, agar dapat kami bersama bertaqwa pada Mu Ya Allah..
hingga keakhir hayat ini..

tunjukkanlah aku secebis sinarMu..
tak layak bagiku meminta padamu..
tapi pada siapa lagi dapat ku mengadu..

Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha pengasih lagi maha penyayang,
Dan hanya Engkau yang Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, April 16, 2006

Dekat Oleh Mu...

Hadiah terasa happy sangat pagi ni.
Ya Allah, terima kasih kerana masih sudi mendengar rintih hambamu ini.
Hadiah sedar begitu banyak halangannya dan dugaan yang harus ditempuh..
Namun, Hadiah hanya ingin melihat mereka bahagia.

Tuhan,
Kau permudahkanlah laluan untuk mereka bersatu. . .
Niat mereka satu, hanya untuk kembali padaMu,dengan sifat yang Kau akui.
Izinkan mereka bersama, ya Allah..
Sesungguhnya Cinta mereka, hanya didekatkan oleh Mu..

Kau dengar lah Doa mereka ye ya Allah...
Kau bantulah mereka. . .
Kau bantulah mereka. . .

hadiah sayang..

hadiah sayang..

mummy masih mengharap dapat bertemu denganmu. walaupun nampaknya hati mummy berbelah bahagi dengan kekandamu, anakanda mummy yang telah mummy lahirkan.

hadiah jangan kecil hati ya.. bila hati ni dah tenang, mummy harap, mummy akan cepat2 dapat melihat sayang mummy yang sorang ni. pandai betul hadiah menjaga mummy dan daddy. hadiah boleh rasa apa yang kami rasakan dikala ini, walaupun hadiah masih belum ada disini..

hadiah sayang..

hadiah jaga diri baik2 disana. jangan nakal2 ya.. kalau main main dengan kawan2, mesti berehat banyak banyak supaya tak jadi macam mummy dan daddy. asyik kerja tak kira masa, bila sakit.. kena tanggung sendiri.

insyaAllah, jika diizinkan olehNya.. hadiah berada disini.. mummy dan daddy harap, hadiah selalu akan berada disisi kami.. biarpun kami dah tak mampu melihat dan mendengar. biarpun kami dah bongkok tiga tak boleh berjalan.. moga anak mummy yang tersayang ni sentiasa ingat pada kami.. buah hati kami yang amat kami sayang.. tanda ikatan kasih sayang yang telah kami semai sejak kami mula mengenali.. hingga kesaat ini..

Saturday, April 15, 2006

Kuatkan Kami. . .

Mummy sakit... Mummy sakit sangat.
Hadiah kesian kat Mummy.
Tapi Hadiah jauh; tak tergapai tangan nak menolong.
Hadiah dengar, faham dan hanya mampu melihat dari jauh.
Percayalah, bahawa sesungguhnya Doa Hadiah sentiasa mengiringi setiap saat yang ada agar Mummy cepat sembuh.
Tuhan masih sayangkan mummy.
Hadiah sayangkan Mummy.
Daddy juga sayangkan Mummy.

For the first time juga hari ini Hadiah nampak Daddy duduk sugul. Kelu.
Tak berani Hadiah bertanya, tapi yang pasti, Daddy nampak sedih.
Sesekali itu dia cuba juga melemparkan senyuman, menyembunyikan apa yang sedang dia alami...apa yang sedang dia rasa.
Hadiah mungkin mentah tapi hadiah tahu apa yang daddy rasa amat perih.
Daddy kuatkan semangat k?
Tuhan sayangkan Daddy
Begitu juga Hadiah.
Dan Hadiah pasti, Mummy juga menyayangi Daddy lebih dari segalanya.

"Ya Allah, ya Tuhan ku, Kau Satu kan lah Mereka kiranya itulah Takdirmu. . . ."

Thursday, April 13, 2006

Bagai Waktu Kenal Dulu. . .

Hadiah kagum semangat mummy.
Dia ketepikan rasa penat dan mengantuknya untuk bersama daddy...walaupun sekejap.Tolak waktu tiba, menunggu, travel dsb..the actual time they spent together cuma 5 jam. Yang mana 3 jam setengah diperuntukkan untuk tidur. Selebihnya dipenuhi dengan hikayat dan gurindam penuh makna. Adakala tu daddy tampak muram, mummy pula nampak gusar. Setiap baris kata yang keluar dari mulut mereka, berat untuk di mamah, namun harus ditelan walau pahit. Dihati dan benak fikiran masing-masing, Tuhan sahaja yang tahu.

Dikala itu ingin sahaja Hadiah berbisik pada kedua-duanya. .
"Mummy, Daddy. . .Kuatkan semangat k?..Bukan ke ini semua dugaan, Bukan ke mummy dan daddy dah janji akan tua besama, berpimpin tangan bersama, bersolat berjemaah, mengerjakan haji dan menghrap agar mati bersama?.. Hadiah nak tengok semua tu, . .please. Hadiah nak jadi 'Tahfiz" mcm pesan mummy. . ., Nak mummy dan Daddy Happy bila tua nanti. .
Hadiah tak mintak banyak, Cuma nk tengok Mummy dan Daddy bersama, bagai waktu mula kenal dulu. . ."

Monday, April 10, 2006

Hadiah Kesian Sangat..

Dua-dua baru balik bertugas. Hadiah tau dua-dua penat.Tetapi rindu mengatasi segalanya. Penat terurai, lelah tak terasa.Dua-dua cuba buat yang terbaik utk satu sama lain.Masing-masing tak mau mengalah untuk mengisi masa singkat bersama.
Hadiah terharu sebenarnya. .
Masing-masing cuba menyelami isi hati, mempelajari satu dengan yang lain.
Masa makan kat butik restaurant tu, suasana jadi tegang kejab, tapi di hati masing-masing, tuhan saja yang tau.Masa jalan-jalan kat luar pun sama, keadaan tak mengizinkan. Nampak macam dekat, tetapi terasa macam jauh. Soalan-soalan yang keluar masa berjalan hirup udara segar tepi corniche tu pun tak mampu membawa dekat. Masih rasa macam jauh...
Hadiah kesian Sangat. Tapi tuhan sahaja yg tahu apa yang terbuku di hati masing-masing.
Kadangkala kata-kata yang terkeluar dari mulut ni tak mungkin menyampaikan maksud yang sebenarnya. Perbuatan lebih hebat dari kata yang terungkap. Tapi di saat aksi terbatas, maka saat yang manis boleh betukar suram. Mujur sempat singgah pekena roti nan dan chai tarik. Kat sini dapat Hadiah tengok kemesraan kembali berputik. Hadiah tau erti nilai sentuhan.
Hadiah faham sekarang.
Diam tak diam dah masuk subuh. Hadiah tau dua-dua dah penat. Tapi masing-masing cuba menguatkan semangat. Kalau diturutkan hati nak berjemaah bersama, tapi sekali lagi keadaan tak mengizinkan.
One lesson hadiah belajar hari ini. . Kadangkala itu, apa yang di ingin disampaikan atau diucapkan lebih dimengerti hanya dengan sentuhan; hanya dengan pandangan. Tak perlu dengan kata-kata.

Wednesday, March 22, 2006

awak ngantuk

hari ni, dah pun pagi. cepatnya masa berlalu. mata yang mengantuk boleh jadi segar bugar. sebab kita memang suka meluahkan apa yang kita rasa dihati ini. kejab kita ketawa sama-sama, tetiba baru tadi kita berdua menangis sama-sama. sorry sayang..

sayangku,
awak ni sensitif ek. takut saya tersalah kata-kata dengan awak. takut juga kalau saya tersalah tulis pada awak. saya takut sebenarnya. kalau awak adadisebelah saya, boleh juga saya explain, or cuba pujuk awak semula. tak pun saya akan peluk awak kuat-kuat bila awak jadi sensitif tu. tapi.. kalau jauh.. macamana ek? hari ini, pagi ini.. awak rasa saya ada banyak "kalau".. saya akan ingat itu awak.. saya takkan guna 'kalau' hopefully after this, saya harap saya akan jadi seorang yang boleh decide apa yang saya nak dalam hidup ini, especially dalam hidup kita.

sayangku,
boleh tak awak tulis sepatah 15 kata kat sini.. nak juga kita tahu apa yang bermain dalam fikiran awak. selalunya.. kita banyak mencurahkan apa yang kita rasa, sampai kita tak boleh tido mlm atau mesti kita try to talk to you till u too cant sleep.. rasanya, masa kita amat singkat. tengok tu.. jam dah berbunyi means i have to go back now. i just dont want to go. Ya Allah.. singkatnya masa ku bersamanya..

sayangku,
banyak yang kita fikirkan. yang kadang2 hurt awak. kadang2 kita suka sangat bercerita tentang masa hadapan yang belum tentu jadi lagi. awak, katakan pada saya, yang saya tak fikir sorang2 semua ni.. saya harap sangat, awak ada impian yang sama. awak ni, sibuk membaca, tapi tak comment apa2 pun. cubalah awak tepis tangan kita dan cuba type pulak kat sini.. tapi saya tau, awak masih nak baca apa yang kita nak tulis walaupun awak tau masa dah tak de.

sayangku,
awak ngantuk ek? kalau awak ngantuk, kita leh naik teksi dont worry. kita risau awak drive nanti sorang2. awak kan ngantuk, esok mesti zombie. so pls go to sleep. i will find a cab to go there. awak sayang saya tak? mesti lah sayang ek..

gtg sayangku..

kesian awak ngantuk. maafkan saya.

Tuesday, February 28, 2006

~doa kita~

Ya Allah, Kau Satukanlah Kami Kiranya itulah Takdirmu

Kau Kekalkanlah Rasa Kasih dan Mesra Yang Kami Jalin Sejak dari Mula Mengenali Hingga ke Akhir Hayat Kami Berdua

Kau Buangkanlah Rasa Curiga Di Hati Kami

Kau Bimbingkanlah Kami dan Anak-anak Kami ke Jalan yang Kau Redhai

Ya Allah, ya Tuhanku, Kau Permurahkanlah Kami dengan Rezekimu yang Halal

Kau Tetapkanlah IMAN Kami dan Matikan Kami Dalam Keimanan

....dan satu pinta kami, jika ingin Kau tamatkan hembusan nafas ini, izinkan kami bersama diliang lahad, di tanah Mekah rumahmu nan Agung, setelah tamatnya urusan kewajipan kami dengan anak2 kami dan setelah cukupnya amalan kami padamu Ya Allah.. Ya Rabbal Alamin.

Monday, February 27, 2006

hari ini dan esok

zaman ni, orang kata apa nak susah.. kalau rindu, bolah call, boleh sms, boleh chat.. boleh tengok muka kat webcam, boleh guna skype untuk call.. tapi..

zaman dulu, orang gunakan banyak cara untuk berhubung. ada guna merpati, ada guna surat ada guna magic, yang penting, bila rindu, berbagai cara digunakan.. tapi..

kita memang berjauhan. zaman dulu atau zaman sekarang, dah pernah ada orang yang pernah merasa apa yang kita rasa. dunia ni berputar, apa yang terjadi sekarang pada kita bukan lagi rahsia alam. dah pernah ada orang yang yang melalui setiap getir perasaan kita, ada rindu, cinta, kasih, sayang, ada rasa takut, ada rasa sedih dan gembira yang teramat sangat..

Hadiah, merupakan salah satu daripada mimpi kita. kita ada usaha. dan kita berpegang pada doa. kita letak impian. kita gantung harapan. kita ada semuanya yang termampu kita lakukan. masa tetap berputar. usia makin tua. hari makin suntuk. hukum alam ada dibelakang melambai kearah kita.

hati ini, cuma kau saja yang mengerti. setiap doa diiringi dgn airmata, semoga yang Kuasa mendengar setiap rintihan.. kita tetap tak akan melupakan Ilahi walau apa yang terjadi, kita menyayangi diantara satu sama yang lain, kita juga harus ada kasih dan sayang yang kuat padaNya.

dugaan.. tetap ada kerana Dia sayangkan kita. Janji, kita berpegang pada janji. walaupun dugaan itu datang.. janjiku padamu, walau kaki melangkah bertongkat, rambut telah memutih, mata ku kelam dari pandangan.. ku ingin kita bersama, walaupun pada masa itu hanya sesaat saja masa yang Dia berikan.. izinkan diriku menjadi milikmu yang abadi..

Ya Allah izinkanlah kami bersatu, aku merayu.. dan kurniakanlah kami zuriat untuk menyambung jihad kami pada Agama Islam yang amat kami cintai. tunjukkanlah jalan agar kami sentiasa berada didalam keadaan yang berIMAN, jauhilah kami dari segala kemungkaran. Ya Allah, hanya padamu kami mengadu.. kerana kaulah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.. yang Maha mengetahui apa yang tidak kami ketahui.

Wassallallah hu ala khairi khalqihii Saiyidina Muhammadin wa ala alihi wasahbihi wasalam. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, February 26, 2006

Are you still there?..

Image hosting by Photobucket

When can i see you both here?....

Dingin & Jauh

Rindu terubat bila mendapat panggilan sayang dari kejauhan.
Kutahu disana dingin, ku harap sayang mendapat cukup istirehat
makan yang secukupnya dan pakaian sesuai buat memanas tubuhmu.
Kutahu diri ini tak dapat bersamamu secara fizikalnya
Namun ku bersyukur kita masih diizinkan berbicara dari corong telefon.
Sumpah sayang,
Hanya dikau ku rindu,
Hanya dikau ku sayang,
Hanya dikau dalam benak fikiranku tatkala ini...

Selamat Malam Sayang.
Bertemu lagi segera ya sayang....