Thursday, April 13, 2006

Bagai Waktu Kenal Dulu. . .

Hadiah kagum semangat mummy.
Dia ketepikan rasa penat dan mengantuknya untuk bersama daddy...walaupun sekejap.Tolak waktu tiba, menunggu, travel dsb..the actual time they spent together cuma 5 jam. Yang mana 3 jam setengah diperuntukkan untuk tidur. Selebihnya dipenuhi dengan hikayat dan gurindam penuh makna. Adakala tu daddy tampak muram, mummy pula nampak gusar. Setiap baris kata yang keluar dari mulut mereka, berat untuk di mamah, namun harus ditelan walau pahit. Dihati dan benak fikiran masing-masing, Tuhan sahaja yang tahu.

Dikala itu ingin sahaja Hadiah berbisik pada kedua-duanya. .
"Mummy, Daddy. . .Kuatkan semangat k?..Bukan ke ini semua dugaan, Bukan ke mummy dan daddy dah janji akan tua besama, berpimpin tangan bersama, bersolat berjemaah, mengerjakan haji dan menghrap agar mati bersama?.. Hadiah nak tengok semua tu, . .please. Hadiah nak jadi 'Tahfiz" mcm pesan mummy. . ., Nak mummy dan Daddy Happy bila tua nanti. .
Hadiah tak mintak banyak, Cuma nk tengok Mummy dan Daddy bersama, bagai waktu mula kenal dulu. . ."

No comments: