Saturday, April 15, 2006

Kuatkan Kami. . .

Mummy sakit... Mummy sakit sangat.
Hadiah kesian kat Mummy.
Tapi Hadiah jauh; tak tergapai tangan nak menolong.
Hadiah dengar, faham dan hanya mampu melihat dari jauh.
Percayalah, bahawa sesungguhnya Doa Hadiah sentiasa mengiringi setiap saat yang ada agar Mummy cepat sembuh.
Tuhan masih sayangkan mummy.
Hadiah sayangkan Mummy.
Daddy juga sayangkan Mummy.

For the first time juga hari ini Hadiah nampak Daddy duduk sugul. Kelu.
Tak berani Hadiah bertanya, tapi yang pasti, Daddy nampak sedih.
Sesekali itu dia cuba juga melemparkan senyuman, menyembunyikan apa yang sedang dia alami...apa yang sedang dia rasa.
Hadiah mungkin mentah tapi hadiah tahu apa yang daddy rasa amat perih.
Daddy kuatkan semangat k?
Tuhan sayangkan Daddy
Begitu juga Hadiah.
Dan Hadiah pasti, Mummy juga menyayangi Daddy lebih dari segalanya.

"Ya Allah, ya Tuhan ku, Kau Satu kan lah Mereka kiranya itulah Takdirmu. . . ."

No comments: