Monday, April 10, 2006

Hadiah Kesian Sangat..

Dua-dua baru balik bertugas. Hadiah tau dua-dua penat.Tetapi rindu mengatasi segalanya. Penat terurai, lelah tak terasa.Dua-dua cuba buat yang terbaik utk satu sama lain.Masing-masing tak mau mengalah untuk mengisi masa singkat bersama.
Hadiah terharu sebenarnya. .
Masing-masing cuba menyelami isi hati, mempelajari satu dengan yang lain.
Masa makan kat butik restaurant tu, suasana jadi tegang kejab, tapi di hati masing-masing, tuhan saja yang tau.Masa jalan-jalan kat luar pun sama, keadaan tak mengizinkan. Nampak macam dekat, tetapi terasa macam jauh. Soalan-soalan yang keluar masa berjalan hirup udara segar tepi corniche tu pun tak mampu membawa dekat. Masih rasa macam jauh...
Hadiah kesian Sangat. Tapi tuhan sahaja yg tahu apa yang terbuku di hati masing-masing.
Kadangkala kata-kata yang terkeluar dari mulut ni tak mungkin menyampaikan maksud yang sebenarnya. Perbuatan lebih hebat dari kata yang terungkap. Tapi di saat aksi terbatas, maka saat yang manis boleh betukar suram. Mujur sempat singgah pekena roti nan dan chai tarik. Kat sini dapat Hadiah tengok kemesraan kembali berputik. Hadiah tau erti nilai sentuhan.
Hadiah faham sekarang.
Diam tak diam dah masuk subuh. Hadiah tau dua-dua dah penat. Tapi masing-masing cuba menguatkan semangat. Kalau diturutkan hati nak berjemaah bersama, tapi sekali lagi keadaan tak mengizinkan.
One lesson hadiah belajar hari ini. . Kadangkala itu, apa yang di ingin disampaikan atau diucapkan lebih dimengerti hanya dengan sentuhan; hanya dengan pandangan. Tak perlu dengan kata-kata.

No comments: