Sunday, January 28, 2007

sedar~

saya sayangkannya sangat sangat.
tapi, apa yang saya buat semuanya tak kena.
entahlah..
rindu, terlalu rindu.. sayang, terlalu sayang.
susahnya, dia selalu berkecil hati...

tak appreciated?
tak excited?
tak nampak hepi?

................

Tuesday, December 19, 2006

hati berkata..

hal semalam masih menghantui fikiranku..

sayang,
benar kah awak takkan tinggalkan saya walau apa pun terjadi?
jika benar, mengapa hal semalam berlaku?
benarkah ianya takkan berlaku lagi?
saya benar faham, apa yang kita telah discusskan dan apa yang kita perlu buat.

cuma,
saya masih khuathir,
dan saya sentiasa dlm keraguan.

perasaan itu pernah ada.
dan perasaan itu pernah hilang.
dan kini, perasaan itu dtg lagi.

saya boleh buat yang terbaik.
saya yakin saya boleh.
cuma, saya takkan setenang hari sebelum semalam.
maafkan saya...

cinta itu amat kuat, hingga tak sanggup kehilangannya walau seminit.
benarlah kita tak pernah puas dgn masa yang diberi.
hari ini, saya memandang kehadapan, dan berkata pada diri sendiri..

"aku akan laluinya, walaupun satu hari nanti aku terjatuh dan terlepas dari gengaman, kerana ianya terlalu amat berharga untuk ku lepaskan peluang yang sedia ada.."

Tuesday, December 12, 2006

Happy Birthday Mummy. .

Mummy dearest,

I know Life is too short to have it ALL.
. . but we'll make use of what's left to the FULLEST k?

Happy Birthday Mummy.





Surga itu di bawah telapak kaki ibu. . .

Love you always and forever. .
Hadiah Iskandar

Saturday, November 11, 2006

roda hidup

pernah tak awak lihat burung yang dah kena lastik. mengelupur di udara dan kemudiannya jatuh perlahan menyembah bumi. masih hidup tapi kaki dah sakit, berdarah, dan tak boleh berjalan. tak tahu mana nak cari mkn. nak terbang, sayap dah terkulai sebelah. harus sembunyi, nanti dinampak org, ditangkap disembelih.. perlahan2 cuba mencari tempat berteduh dek panas dan hujan. tunggu masa, hilanglah nyawa. tiap hari terpandang birunya langit, disuatu masa begitu gah dia disana, kini tinggallah sendirian dibumi menunggu masa untuk meneruskan sisa sisa hidup yang bukan seperti dulu.

wahai burung, begitulah hidup ini. tak selamanya kita diatas. ada masa, kita harus merangkak perlahan-lahan untuk tiba ke pengakhiran hidup ini, walau susah dan pedih.

Tuesday, November 07, 2006

stress

even tho' u tell me many times that u loves me... there is still so many things that you keep it away from me.

even today, u are still not sure and not wanting to say that u are my wife. there are so many things in your mind, and i guess i will have to guess them all?

hari ini, awak masih lagi ber"kalau". hari ini, awak masih lagi ber"moga".

saya hari ini, sudah yakin tidak ada yang lain, tapi awak masih beri jawapan yang awak "tidak tahu".

awak, mintak saya berjanji agar tidak tinggalkan awak, dan saya akur dan akan saya pegang janji tersebut.

mlm pertama jumpa saya dah sakiti hati awak dgn 'nasihat' saya pasal **** awak dgn ****. saya silap. saya minta maaf.

awak cerita --> saya dengar.
awak suruh ulang --> saya ulang.
awak mintak cium, peluk --> saya buat.
awak lapar --> saya masak.
namun, bila saya cakap --> saya selalu salah, selalu lukakan hati awak.
bila saya diam --> hati saya pedih sangat.
bila saya tahu bahawa ada lagi perkara yang saya tidak tahu.. --> saya jadi bertambah sedih.

lama dgn awak buat saya kenal awak lebih dekat. kini, saya tahu nilai 'kata2' yang keluar dari mulut saya. kini saya tahu bila perlu 'menasihati'. kini, saya sedar 'diam' itu selalunya lebih baik dari sering bercakap dan melukakan hati awak. kini, saya perlu lebih berhati-hati --> jangan pentingkan diri sendiri.

seperti kata awak, apa pun terjadi..
maka selagi itulah.. saya disini, cuma sedikit berbeda.

~end.

... ada banyak lagi yang nak saya tulis dan beritahu awak, namun setiap kali saya berfikir utk bicara, setiap kali itulah saya rasa saya akan di momok.

tulisan saya may means nothing to you. it's just a word that i wrote. but saya kira hanya dengan tulisan dapat saya kabarkan isi hati ini.

sejak saya dengan awak, saya sudah tidak lagi ber 'KALAU'. saya 'look forward', ber'AZAM' dan ber 'DOA'. for our future. i care less about my past and do not want to let my past.... tbc.

moga awak tahu

awak adalah segala-galanya buat diri ini
moga awak tahu
moga awak akan tetap bersama saya
walau apapun terjadi.

Sunday, October 29, 2006

missing u sayang

tadi saya nampak airmata awak. saya tertanya adakah itu kerana saya..

saya tak boleh lupakan awak seminit pun. saya cuba call. phone tak de credit, dan yang lagi satu dah kena barred. anyway.. phone awak tak on.

esok saya kena kerja. boleh ke saya kerja esok? saya pun tak tau. hari pertama setelah lama bercuti, dan hati saya yang tak keruan..

sayang,
saya nak awak tahu. apa pun terjadi antara kita, hanya awak saja buat saya terus bernafas hari ini. hanya awak saja yang saya mahu. hanya awak saja dihati ini. hanya awak saja kekasih saya. hanya awak saja. saya tak boleh hidup tanpa awak.

(tadi awak marah saya. saya diam aje. byk yang awak cakap, saya tak balas balik, sebab saya memang cam tu. apa yang awak fikir kenapa saya diam, tak sama dgn apa yang saya fikirkan. tadi setelah awak asyik bercakap je... saya cuma diam membisu, then awak nangis..

awak.. masa saya dgn awak hari ini tak cukup. kenapa masa terlalu cepat berlalu? saya masih mahu bersama dgn awak. tapi saya dah tak de cuti lagi. saya nak awak. saya nak awak.. bersama saya.. saya nak awak kat sini. dok sebelah saya. tapi awak dah tak de. awak dah balik. saya nak ada dlm peluk awak. eh.. napa saya nangis?

saya dah mula rindukan awak sangat2..

Saturday, October 07, 2006

bersamamu

dah sampai hari saya kena balik. tak puas rasa bersama awak. sepanjang saya disini, inilah rasanya cuti terpanjang saya untuk kita bersama. saya nak sangat rasa untuk berhari raya bersama awak, tapi belum lagi masanya. awak masih sibuk dgn urusan awak, kerjaya awak. begitu juga saya terlalu sibuk dengan segala tugasan saya sehingga kita masih belum boleh bersama seperti orang lain.

tq sebab sudi belajar surah Al-A'la. saya pun baru je nak pandai ni. saya pun banyak lagi nak belajar di sepanjang penghidupan ini. ada banyak yang saya tertinggal, alpa dengan corak kehidupan saya, sehingga terlupa padaNya.

kenapa awak tanya saya sayang awak tak? awak dah tahu kan .. jawapannya. boleh tak saya hidup tanpa awak, iskandar? awak dah plan segalanya untuk hidup bersama saya.. saya juga dah atur segalanya.. kita berdua berjanji nak berubah untuk menjadi hambaNya yang baik.

saya tunggu awak pada 19hb nanti, ye sayang? hopefully saya dah boleh ambil handphone saya balik. doakan kejayaan saya. saya juga akan turut berdoa. abah dan adik juga turut berdoa dirumahNya. saya tak kuat nak buat segalanya berseorangan. dan saya tak pula seorang yang pandai dalam berkata-kata. saya cuma nak mempertahankan kebenaran. tak mahu nanti mati saya dalam keaadan yang tak sempat bertaubat. tak mahu juga, hidup diselubungi oleh manusia yang tak mahu mendengar suruhanNya.

awak tak salah mengajar saya utk berani bersuara sayang.. awak telah membawa saya kearah jln yang benar, supaya saya dapat menjalani hidup ini sebaik yang mungkin. sebelum kita sama2 pergi bertemuNya.

saya akan selalu rindukan awak sangat2. saya juga rindukan anak kita HADIAH.

Ya Allah, berikanlah diriku kekuatan utk menempuhi hidup ini. Amin.

Sunday, October 01, 2006

hari ni ok. lama2 ok tak?

saya menulis.. beritahu cerita saya hari ini.
tiba2 ada org respon.. eh! saya terhepi.

awak jadi sedih. hurt.
awak tak sangka saya check email masa tgh chat dgn awak.
saya buat benda lain masa dgn awak.

kita stop webcam etc..etc..
awak tulis email.. beritau perasaan awak.
saya baca email tu dan terus tulis di sini..

awak..
saya hurt awak lagi.
saya sedari saya mesti ada buat awak hurt,
tak byk sikit mesti ada.

sekarang saya tanya diri saya,
kalau macam ni, satu hari nanti..
kalau awak dah fed up
adakah awak akan tinggalkan saya?

entah.. saya takut.

Saturday, September 30, 2006

Beacuse Of You

A wise man once told me,

If we fall in love because someone makes us laugh, then what happens when we no longer find them funny?

If we fall in love because someone is beautiful, then what happens when that beauty fades?

If we fall in love because someone can provide for us, then what happens when they lose their wealth?

So love someone only for their self alone.

Sayang,

You have asked me many times before "why I love you?"
But I have never truly tells you why. . .
The reason being...

It is because of You, . . .that I found love.
and it will only be with You that i want to spend the rest of my life . .

Saturday, September 23, 2006

tanpamu

kenapa saya rasakan kembali perasaan yang sama setelah saya telah buang ianya jauh2..

dlm hidup ini, saya cuma ada awak.
masa saya dibuang dulu, saya sedih sangat kerana saya tau saya tiada sesiapa.
saya bangun semula, saya cuba cari diri saya yang jatuh.
saya bersyukur kerana dipertemukan dgn awak.
saya bahagia, kerana kasih sayang yang awak curahkan.

dibulan yang mulia ini, kita masih lagi diuji.
kasih sayang ini, tetap utuh, tetap sama seperti semasa kita mula2 bertemu.
cuma saya terasa hati.
saya cuma ada awak..
jika awak pun diambil dari hidup saya,
saya tau... saya tiada apa2 lagi.

saya takut.

Friday, September 22, 2006

mlm Ramadhan pertama

saya sedih sangat, saya nak sangat malam Terawih pertama solat dgn awak.
hari ini saya solat lagi sorang2 macam thn sebelumnya.
tiba2 saya menangis.
mlm ni saya duduk seorang dirumah.
saya tahu awak penat, dan kita baru berjumpa, tapi dihari yang mulia ini, saya ingin kita bersama, mkn sahur bersama.
bukan rezeki kita lagi.. insyaAllah thn hadapan.

Ya Allah, sedihnya hatiku ini. tinggal jauh dari yang tersayang. Kau percepatkanlah untuk bersama. Kau permudahkanlah laluan kami Ya Allah.

Selamat menyambut Ramadhan sayangku. Jangan lupa solat Terawih tiap2 mlm.. kita buat sama2 walau kita berjauhan. dan bangun sahur ok? moga amalan kita diterima olehNya. Amin.

Cara2 dan Bacaan Solat/ Sembahyang Sunat Terawih

Ringkasan Terawih 8 rakaat

Tarawih petama :
1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kedua :
1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketiga:
1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keempat :
1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir pertama :
1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la....").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir kedua : Satu rakaat sahaja
- Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")
sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq)
sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas")

*Note : Diatas hanya disertakan kaedah ringkas 8 rakaat sebagaimana diamalkan Rasullullah. (SAW). 20 rakaat pun boleh. Yang penting diamalkan, ikhlas dan khuysu'. Fadilat Terawih ada banyak terdapat dalam banyak web lain.

Selamat Berpuasa Semua

Buat Mummy, Daddy dan seluruh umat islam. . .
Selamat menjalani Ibadah Berpuasa. . .

Semoga Ibadah kita diterima Ilahi.

Saturday, September 16, 2006

bila semalam

bila semalam kita bercerita, ketawa
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita bertemu, bermesra
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita mengada, manja
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita berjanji, berubah
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita bernyanyi, bersama
hari ini tentu bukan seperti semalam
bila semalam kita senyum, bahagia
hari ini?

Ya Allah, telah ku buang segala-galanya untuk bersamanya. mungkin masih tidak cukup. mungkin aku yang terlalu meminta. mungkin keranaku, dia merasa dirinya kurang.. walaupun aku yang sebenarnya masih kurang. dia menyalahkan dirinya, walaupun telah ku katakan berkali-kali akan ku patuh apasaja walau aku sering alpa dgn perkara yang harus ku utamakan.

Ya Allah, Kau saja yang Maha Mengetahui, apa yg kami tidak ketahui.

Friday, September 15, 2006

Hanya Sedikit kebahagiaan...

Mungkin aku terlalu menginginkan yang berlebihan. .
Mungkin aku perlu beri sedikit ruang.
Mungkin itu yang dipinta.
Mungkin itu yang diinginkan.
Mungkin aku terlalu mengongkong
Mungkin juga aku terlalu mengharap

Aku tak mahu jadi sama seperti jutaan blog didunia yang mengeluh..bergurindam.
Aku tak perlu itu semua.
Ada yang menyanyikan lirik buat tersayang bila gembira. .
Ada pula yang berpuisi lagu syahdu, bila berduka. .
Malah ada juga blog yang terpadam bila akhirnya sebuah episod lara.
Semuanya terpapar dalam blog mereka.

Aku tak mahu jadi mereka
Aku nyaris

Tuhan,.. Aku hanya dambakan sedikit kebahagiaan.
Aku tak pinta banyak.
Hanya Sedikit kebahagiaan. .

Wednesday, September 13, 2006

keluarkan lagu tu

hadiah tolong mummy buatkan angelfire boleh? ur daddy sudah buat salah, lagu semua tak keluar. hueh hueh hueh

pliz infonrm mummy username and password ok!

tq sayang.

Sunday, September 10, 2006

hey sayang~

sayang.. mana awak pegi?
lama saya cari awak.
saya panggil panggil nama awak.
awak jgn buat saya macam ni lagi tau!
tinggalkan saya cam tu je..
lenkali bawa saya bersama
saya nak ikut mana je awak pegi
akhirnya saya jumpa awak balik
syukur Alhamdulillah
Tuhan dgr jua doa saya..
Awak kebahagiaan saya
saya tak mampu hidup tanpa awak
jgn pergi dari diri ini ye
jgn letak hati saya jauh sangat
biar kita bersama macam masa baru jumpa dulu
saya sakit kalau awak tak ada
pandangan saya kelabu kalau awak hilang
awak cahaya saya
awak penawar saya
semuanya adalah awak
pegang saya kuat2 jgn lepaskan k
saya nak jalan sama2 dgn awak
jauh pun tak pe saya tetap nak ikut
janji jgn pergi tanpa saya tau
janji k sayang?
sayang awak sangat~

Hanya Engkau Seorang. . .

Aku cuma tak mahu berpisah.
Aku takut kehilangan sayang ku seorang ini.
Aku hanya inginkan dia.
..Untuk hidup menemaniku.
Bukan yang lain. Tak ada yang lain.

Sayang,
Terimalah aku se adanya.

Hanya engkau dihati ini. Dan hanya engkau sa orang.

definasi cinta ini

saya cuma nak jadi bahagia. saya sayang sangat dan rindu sangat kat awak. tanpa awak, hidup saya takkan bermakna. jgn tinggalkan saya sampai bila2.. jgn k.